Sapura Energy Terima Perintah Baru Dari Mahkamah

570

Mahkamah memerintahkan Sapura Energy Bhd dan 22 anak syarikat milik penuhnya untuk mengadakan pertemuan dengan setiap pemiutang masing-masing.

Syarikat itu juga memperoleh perintah larangan baharu (restraining order/RO) yang menyekat mereka daripada tindakan undang-undang atau prosiding selama 3 bulan mulai 11 Mac.

Ia bagi memudahkan urusan syarikat tersebut untuk bekerjasama dengan pemiutang dalam usaha penstrukturan semula hutang tanpa sebarang gangguan.

Kedua-dua perintah dikeluarkan oleh hakim hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad berkuat kuasa mulai Sabtu, susulan prosiding yang dijalankan pada Rabu.

Terdahulu, Sapura Energy dan anak syarikatnya telah memfailkan permohonan ex-parte pada hari Jumaat untuk mengadakan mesyuarat dan RO di bawah perintah mahkamah.

Dagangan saham syarikat itu digantung selama satu jam pada pembukaan awal pagi sebelum disambung semula pada 10 pagi. Setakat 11.40 pagi, Sapura Energy meningkat 0.5 senatau 11.11% kepada 5 sen.

Sementara itu, perintah larangan oleh mahkamah yang diberikan pada 10 Mac 2022 dan dilanjutkan pada 8 Jun 2022 akan tamat pada hari esok (Jumaat).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat