Satoshi Nakamoto Kini Antara 20 Orang Terkaya Di Dunia!

10,959

Pengasas Bitcoin (BTC) yang masih kekal misteri identitinya, Satoshi Nakamoto dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 750,000 sehingga 1.1 juta bitcoin sejak awal matawang itu diterbitkan.

Difahamkan juga Nakamoto tidak pernah membelanjakan pegangannya itu.

Jika melihat kepada kadar pertukaran bitcoin semasa, individu misteri itu boleh dianggap sebagai sebahagian golongan jutaran dunia dengan nilai kekayaan mencecah lebih $59 bilion!

Itupun jika Nakamoto benar-benar memiliki sejumlah aset Bitcoin seperti yang dinyatakan. Belum lagi ambil kira beberapa forks yang dimilikinya seperti bitcoin cash (BCH) yang bernilai lebih $650 juta dan bitcoinsv (BSV) yang mencecah lebih $250 juta, dan 1.1 juta bitcoin gold (BTG) dan lain-lain tidak disebutkan.

Dengan hanya BTC sahaja, Satoshi Nakamoto berada di kedudukan 20 teratas orang terkaya dunia berdasarkan senarai Forbes Billionaires 2021.

Kedudukan Nakamoto mengatasi (20) pengasas bersama Bloomberg, Michael Bloomberg dan (19) waris pengasas Walmart Sam Walton, Rob Walton.

Sebagai rekod, pada Oktober lalu Nakamoto diumumkan berada di kedudukan ke 157. Hanya dalam beberapa bulan sahaja, individu itu berjaya naik ke senarai 20 teratas, hasil daripada pemilikan Bitcoin dan beberapa forks yang lain.

Bagaimanapun, Nakamoto masih lagi memerlukan masa untuk mengatasi kedudukan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang masih mengungguli carta dan pengasas Tesla, Elon Musk yang berada di kedudukan kedua.

Mungkin bukan tahun ini atau boleh jadi akan berlaku pada tahun ini. Masa akan menentukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat