Pandemik Covid-19 Di Tahap Kritikal – WHO

695

Ketika kemunculan vaksin memberikan harapan kepada dunia untuk keluar dari krisis ini, namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pandemik global masih menunjukkan peningkatan yang ketara.

Kes baru Covid-19 dalam tempoh dua bulan terakhir mencatatkan purata kenaikan 4.4 juta setiap minggu. Malah, dengan lebih banyak negara mengurangkan langkah sekatan mereka, ia akan memperpanjangkan lagi krisis.

Pada Januari dan Februari, dunia telah menyaksikan penurunan kes selama enam minggu berturut-turut, menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Bagaimanapun, kini ia melihat peningkatan tujuh minggu berturut-turut dalam kes baru dan angka kematian juga meningkat dalam tempoh empat minggu terakhir.

Kenaikan besar ini, sebahagiannya berlaku di Asia dan Timur Tengah. India kini menjadi negara kedua yang mencatatkan kes paling tinggi selepas Amerika Syarikat, dan mengalahkan Brazil ke tangga ketiga.

Sementara itu, ketua teknikal WHO untuk Covid-19, Maria Van Kerkhove memberitahu bahawa pandemik berada di titik kritikal sekarang ini.

WHO juga menekankan bahawa amalan yang telah diterapkan selama setahun, iaitu penjarakan sosial, pemakaian topeng pelitup muka dan kebersihan tangan adalah masih penting untuk menghentikan jangkitan dan menyelamatkan nyawa.

Kelonggaran dan pelaksanaan tidak konsisten sejak akhir-akhir ini adalah sebahagian besar sebab mengapa virus ini masih menular.

Kes Covid-19 meningkat 9% seluruh dunia pada minggu lalu, sementara angka kematian pula menokok 5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat