SBF FTX Senang-Senang Nak Larikan Diri Dari Tuduhan Jenayah!

121

“Mungkin sebab bekas CEO FTX ni rasa beliau tak bersalah dalam hal itu?”

Menerusi pemfailan di mahkamah Manhattan, pengasas bursa mata wang kripto FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) telah memohon kepada hakim untuk menolak 10 daripada 13 pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Hal ini kerana peguam SBF berkata bahawa pihak pendakwa bukan sahaja bertindak terburu-buru dalam menghakimi pengasas bursa kripto itu malah menuduhnya sebagai pencetus pasaran kripto mengalami kejatuhan ketara pada tahun 2022.

Ulas peguam SBF lagi, kerajaan tidak seharusnya menukar isu sivil serta kawal selia kepada jenayah persekutuan sebaliknya pihak berkuasa perlu menunggu proses kawal selia tradisional dan lain-lain terlebih dahulu untuk meneliti dengan lebih terperinci mengenai perkara tersebut.

Meskipun begitu, SBF menegaskan bahawa beberapa transaksi haramnya telah direkodkan di luar Amerika Syarikat (AS) sambil menambah pendermaan yang dibuat beliau untuk parti politik sama sekali adalah sah.

Terdahulu, pendakwa raya AS telah mendakwa SBF atas kesalahan menjalankan satu skim melalui FTX dan syarikat perdagangan kripto Alameda Research yang turut diasaskan oleh beliau untuk menipu pelabur di seluruh dunia.

Selain itu, pengasas FTX tersebut turut dituduh dengan lapan pertuduhan jenayah, antaranya adalah penipuan wayar, pengubahan wang haram, melanggar undang-undang kewangan kempen dan sebagainya.

Berbalik pada kenyataan peguam SBF, beliau menyatakan bahawa John Ray yang mengambil alih jawatan sebagai CEO telah menjadi jurucakap awam untuk kerajaan susulan ia secara berterusan memberi komen yang dapat meremehkan SBF.

Pada masa ini, harga FTX (FTT) berlegar pada paras $1.23 dalam tempoh 24 jam terakhir selepas berjaya mencecah $2.90 pada 12 April 2023 namun mula menyaksikan penurunan secara perlahan-lahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat