Sebab China AUD/USD Berubah Arah Hari Ini!

303

Ketika pelabur berjaga-jaga terhadap data-data penting yang akan diterbitkan sepanjang minggu ini selain mesyuarat FOMC yang menjadi tumpuan utama, perkembangan pasaran turut dipantau yang mempengaruhi sentimen semasa.

Mata wang Asia paparkan pemulihan pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan laporan berita dari China yang dikhabarkan bakal melaksanakan langkah rangsangan dalam menyokong pemulihan ekonominya.

Bank China juga dilihat bertindak campur tangan dalam pasaran untuk menyokong mata wang Yuan dengan menjual pegangan US dolar.

Justeru, mata wang US dolar yang sedikit mengukuh semalam berikutan terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik berbanding Eropah, kembali papar penyusutan semula di sesi Asia pagi ini.

Dengan perkembangan positif di China, dolar Australia mendapat kelebihan untuk melonjakkan sedikit nilai mata wangnya hari ini.

Setelah pergerakan harga yang mendatar sepanjang Isnin semalam di carta pasangan mata wang AUD/USD, lonjakan harga mula diperlihatkan di sesi Asia sebentar tadi susulan reaksi pasaran terhadap sentimen semasa pasaran.

Harga yang melonjak telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut, mencetus isyarat awal bagi potensi perubahan trend menaik buat harga selepas ini.

Kenaikan harga telah mencapai paras 0.67700 sebelum ‘berehat’ seketika menjelang pembukaan pasaran sesi Eropah.

Jika kenaikan harga masih berjaya diteruskan lagi, harga bakal menuju ke zon tumpuan seterusnya sekitar 0.68300.

Untuk kenaikan lebih tinggi, zon rintangan pada 0.69000 sedang menanti untuk diuji oleh harga selepas situasi sama berlaku pada beberapa minggu yang lalu.

Namun jika harga berpatah arah membuat penurunan semula, zon RBS (resistance become support) 0.67000 masih menjadi sasaran buat harga.

Sekiranya harga tembus lebih rendah, zon berikutnya 0.66300 akan menjadi tumpuan sebelum lanjutan penurunan oleh harga boleh mencecah hingga sekitar 0.65400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat