Sentimen Terkini Pasaran Minyak Mentah Global

58

Harga minyak mentah dunia kekal didagang di sekitar paras terendah tujuh bulan lalu dengan pelabur sedang menunggu bukti positif dalam pasaran ini, iaitu pematuhan perjanjian oleh OPEC dan non-OPEC.

Minyak Brent jatuh 0.09% setakat pukul 2.40 petang, manakala minyak WTI naik 0.02%.

Pematuhan perjanjian oleh OPEC dan pengeluar yang lain untuk memotong 1.8 juta tong sehari dalam masa enam bulan mencapai paras tertinggi pada Mei sejak Januari.

“Kurangnya tindak balas positif harga minyak mentah jelas menunjukkan pemain pasaran tidak yakin dengan usaha OPEC untuk menstabilkan harga komoditi ini dalam jangka pendek. Ini diburukkan lagi dengan bekalan yang semakin meningkat dari US,” kata Fawad Razaqzada, penganalisis pasaran di Forex.com.

“Selagi stok bekalan minyak tidak berkurang dengan begitu banyak, kebarangkalian kejatuhan berterusan dalam jangka pendek,” tambahnya.

Data API yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan stok minyak di Amerika yang berkurangan lebih daripada jangkaan, tetapi masih gagal menyokong harga.

Malam ini data stok minyak Amerika (EIA) yang lebih penting akan dikeluarkan pada pukul 10.30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat