Standard Chartered Sertai Program Perintis CBDC Di Negara Ini!

247

“Standard Chartered makin ke hadapan, agak-agak apa langkahnya lepas ni?”

Standard Chartered, gergasi perbankan British yang terlibat secara aktif dalam pasaran mata wang kripto telah mengumumkan penyertaannya dalam ujian perintis yuan digital China dikenali sebagai e-CNY CBDC.

Standard Chartered telah memeterai perjanjian bersama City Bank Clearing Services Co untuk menawarkan para pelanggannya pelbagai perkhidmatan berkaitan yuan digital seperti membeli, menukar atau menebus e-CNY melalui akaun bank mereka.

Penyertaan Standard Chartered melangkaui transaksi mata wang asas susulan bank itu bersedia menyelidiki bidang, misalnya pembayaran pedagang rentas sempadan dan perdagangan termasuk pembiayaan rantaian bekalan dalam rangka kerja perintis CBDC e-CNY.

Suka dimaklumkan penglibatan tersebut telah menunjukkan bahawa minat terhadap aplikasi mata wang digital dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa sudah semakin meningkat.

Terdahulu, Standard Chartered telah mengambil bahagian dalam projek “Multilateral Central Bank Digital Currency Bridge” di Hong Kong di mana ia memberi tumpuan pada penyelesaian pembayaran rentas sempadan untuk pelanggan runcit dan korporat.

Laporan kerjasama bersama PricewaterhouseCoopers China yang dikeluarkan pada Mei 2023 pula telah membincangkan prospek aplikasi CBDC meluas dalam runcit, perdagangan dan kewangan rantaian bekalan.

Susulan urus niaga dalam yuan digital telah melepasi $253.6 bilion manakala jumlah wallet digital pula cecah 120 juta, penerimaan pantas dalam mata wang digital pada landskap kewangan global mampu tercetus pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat