Tak Nak Ketinggalan, Hong Kong Bakal Lancarkan CBDC!

115

Ekoran penerimaan global, Hong Kong juga tidak mahu ketinggalan dalam melaksanakan penggunaan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) di negaranya walaupun kini pasaran kripto berada dalam kejatuhan.

Oleh demikian, Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong (HKMA) akan melancarkan “Dolar Hong Kong Digital” manakala Ketua Ekskeutif HKSAR, Lee Ka Chiu John turut meneroka pasaran berkaitan pengawal seliaan stablecoin dengan lebih mendalam.

Walaupun Pihak Berkuasa Monetari masih sedang mengkaji tentang peraturan stablecoin, pihak kerajaan telah bertindak mengemukakan draf cadangan bagi memperkenalkan akta perlesenan untuk aset digital.

Hal ini berikutan kerana kewujudan peraturan tersebut bukan sahaja harus sepadan dengan syor kawal selia antarabangsa, malah harus menitikberatkan keadaan tempatan.

Rentetan itu, pihak berkuasa telah berganding bahu dengan institusi di Tanah Besar itu bagi membuat kajian lebih teliti agar tidak berlaku sebarang kesilapan.

Sementara Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong pula sedang memulakan proses pembuatan Dolar Hong Kong Digital.

Dalam pada itu, International Monetary Fund (IMF) menyatakan bahawa terdapat 100 negara di seluruh dunia berhasrat untuk menubuhkan CBDC, manakala Nigeria serta Bahamas merupakan salah satu negara yang berjaya melancarkan CBDC sepenuhnya.

Diperjelaskan lagi, 15 negara yang berkeinginan mewujudkan CBDC berada dalam peringkat penerokaan atau pelaksanaan awal dan 65 negara masih di fasa penyelidikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat