Wall Street ‘Rojak’, Pelabur Kembali Bimbang Pasaran Tidak Menentu

99

Hasil Perbendaharaan kembali melonjak untuk menekan ekuiti turun sungguhpun terdapat laporan pendapatan korporat yang memberangsangkan.

Meneliti laporan korporat Tesla Inc, syarikat mencatat pendapatan sesaham sebanyak $1.05 berbanding unjuran $1.03 pada suku ke-3 (Q3) namun hasilnya merekodkan penurunan $21.45 bilion daripada ramalan $22.5 bilion.

Selain itu, International Business Machines (IBM) turut melaporkan pendapatan korporat Q3 dengan pendapatan sesaham meningkat pada $1.81 daripada unjuran $1.79 sementara hasilnya pada $14.11 bilion berbanding ramalan $13.54 bilion.

Bagi hasil Perbendaharaan pula, penanda aras nota 10 tahun melompat 4.1272% daripada 3.998%, mencecah paras tertinggi baru dalam 14 tahun sementara hasil bon 30 tahun meningkat 4.1259% dari 4.021%.

Mengiringi kenaikan tersebut adalah US dolar apabila indeks greenback naik 0.7% dengan Euro turun 0.83% pada $0.977, Yen susut 0.40% pada ¥149.88 dan Pound jatuh 0.87% pada $1.122.

Ekoran itu, indeks Dow Jones Industrial turun 0.33% pada 30,423.81 sementara indeks S&P 500 jatuh 0.67% pada 3,695.16 dan Nasdaq Composite susut 0.85% pada 10,680.51.

Indeks STOXX 600 Eropah hilang 0.53% dan tolok MSCI saham global susut 0.89%.

Pembukaan dagangan Asia menyaksikan Nikkei 225 Jepun turun 0.98%, Topix susut 0.56%, Kospi Korea Selatan jatuh 0.78%, Kosdaq hilang 0.12% dan S&P/ASX 200 Australia junam 0.83%.

Mengulas keadaan pasaran, Peter Tuz dari Chase Investment Counsel menjelaskan keadaan inflasi United Kingdom sedikit sebanyak mengembalikan kebimbangan selain faktor laporan prospek syarikat yang lemah.

Turut memberi pandangan adalah David Keator dengan mengatakan pasaran kembali memfokus kebimbangan kenaikan kadar Federal Reserve (Fed) dalam usahanya membendung inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat