Telefon Pintar Samsung Bakal Menyokong Penyimpanan Kripto

2,192

Pasaran kripto mula menempa dunia dan banyak pihak mula mengambil inisiatif untuk turut menceburi sektor ini.

Salah satunya, Samsung yang dikhabarkan telah melancarkan peranti Galaxy yang menyokong wallets pihak ketiga untuk kegunaan simpanan dan pengurusan matawang kripto.

Berdasarkan laporan media, telefon pintar Samsung Galaxy berupaya untuk menyimpan dan memindahkan aset kripto dari cold wallet ke wallet blockchain Samsung yang tersedia di peranti.

Malah, terdapat juga ciri baru dikenali sebagai Samsung Blockchain Keystore dimana pengguna boleh membuat sambungan baru ke wallet fizikal seperti Ledger Nano S dan Ledger Nano X.

Sebenarnya, ciri ini telah diperkenalkan terlebih dahulu melalui peranti Galaxy S10 pada 2019, sebelum mereka betul-betul serius untuk meluaskan lagi penggunaan Samsung Blockchain Wallet bagi siri Galaxy akan datang dengan sokongan Android OS 9.0 dan ke atas.

Antara matawang kripto yang boleh disimpan di wallet blockchain Samsung termasuklah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Tron (TRX) dan token-token ERC termasuk TRC.

Lebih mudahlah untuk pelabur untuk menyimpan aset mereka menggunakan telefon pintar sahaja. Malah, pengguna Ledger Nano juga boleh integrasikan wallet mereka dengan peranti Samsung.

Nampaknya, Samsung tampil lebih agresif menceburi sektor kripto dengan memperkenalkan teknologi baru kepada peminatnya.

Boleh jadi juga lebih banyak produk telefon pintar yang lain akan mengikut jejak Samsung tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat