Terendah 3 Bulan, GBP/USD Jatuh Lagi Cecah $1.2400!

280

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD paparkan penurunan ke paras terendah terbaru semalam apabila kedua-dua mata wang Pound dan US dolar didagangkan berlawanan.

Ini didorong oleh data-data ekonomi yang diterbitkan pada minggu ini yang berbeza bagi UK dan Amerika Syarikat (AS).

Data inflasi pengguna dan pengeluar AS catat peningkatan. Begitu juga jualan runcit untuk bulan Ogos yang melonjak.

Sementara, kadar pengangguran di UK tepati ramalan meningkat dan pertumbuhan ekonomi UK menunjukkan penguncupan yang dilihat bakal memberi tekanan kepada bank pusat untuk menetapkan dasar monetari pada mesyuarat minggu hadapan.

Meneliti pergerakan pada carta GBP/USD semalam, harga yang berlegar perlahan di rintangan 1.25000 akhirnya memaparkan terjunan sehingga mencecah ke paras 1.24000 di penghujung sesi New York.

Paras support 1.24000 tersebut merupakan sasaran yang dijangkakan untuk harga mengujinya dan pergerakan harga perlahan mendatar di sekitar itu menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Petunjuk bearish ini akan mendorong harga menyambung lagi penurunan lebih rendah untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.

Sasaran adalah untuk mencecah ke paras tumpuan berikutnya iaitu pada 1.23000.

Namun jika harga paparkan lonjakan semula dari support 1.24000, kenaikan harga dijangka untuk menuju semula ke paras 1.25000.

Tetapi akan berdepan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebelum kembali memberi isyarat perubahan trend bullish buat harga.

Setelah trend berubah, barulah harga akan dijangka untuk membuat kenaikan lebih tinggi menuju pula paras 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat