Tergempar! Kes Penipuan Forex BTC Terbesar Dalam Sejarah Dah Selesai!

997

“Orang sekarang asyik menipu je, tak ada benda lain ke nak buat.”

Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS) akhirnya mengumumkan telah berjaya menyelesaikan kes penipuan forex Bitcoin (BTC) terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah.

Pada 6 September 2023, Hakim David A. Ezra dari Mahkamah AS Daerah Barat Texas telah menyertakan persetujuan setelah mendapati Mirror Trading International Proprietary Limited (MTI) bertanggungjawab atas beberapa pertuduhan.

Antara pertuduhan dikenakan terhadapnya adalah penipuan transaksi runcit forex, penipuan oleh Pengendali Kolam Komoditi (MSM), pelanggaran pendataran dan kegagalan mematuhi peraturan MSM.

Selain perlu membayar lebih $1.7 bilion sebagai pengembalian mengejutkan kepada mangsa yang ditipu, perintah persetujuan itu juga mengenakan larangan perdagangan ke atas MTI untuk semua pasaran dikawal CFTC.

Bukan itu sahaja, MTI turut dihalang daripada menyertai sebarang aktiviti MSM pada masa hadapan, jadi di sini dapat dilihat penalti monetari sivil tersebut adalah yang tertinggi pernah diperintahkan dalam mana-mana kes CFTC.

Cornelius Johannes Steynberg telah mengatur skim pemasaran pelbagai peringkat antarabangsa, di mana matlamat utamanya adalah untuk dapatkan BTC daripada individu tidak curiga dan menarik mereka ambil bahagian dalam pool komoditi tidak berdaftar yang dikendalikan oleh MTI.

Pool komoditi tidak berdaftar itu didapati teribat dalam perdagangan forex runcit di luar bursa dan dalam tempoh tiga tahun, Steynberg serta ejen MTI telah memperoleh 29,421 BTC daripada peserta kemudian pada masa ini jumlah dipegangnya adalah lebih $1 bilion.

Dilaporkan bahawa CFTC mengejar keadilan tanpa henti dalam kes itu untuk menangani rungutan daripada lebih 23,000 individu AS yang menjadi mangsa MTI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat