Terkini: BNM Mengesahkan Campur Tangan (Intervention) Menstabilkan Nilai Ringgit

313

Bank Negara Malaysia mengakui ia melaksanakan campur tangan (intervention) dalam pasaran mata wang bagi melindungi Ringgit.

Semua bank pusat di seluruh negara akan campur-tangan (intervene) dalam pasaran tukaran matawang (forex market) jika nilai matawang terlebih (overvalue) atau terkurang nilai (undervalue) dari nilai optimum. Bank pusat akan masuk ke pasaran membeli dan menjual matawang asing untuk menstabilkan nilai matawang mereka. Sebelum ini Swiss National Bank (SNB) menyatakan akan intervene untuk menstabilkan Swiss Franc jika kesan daripada pilihanraya Presiden U.S. menyebabkan nilai franc tidak stabil.

Menurut laporan Bloomberg, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata “ya” apabila disoal sama ada bank pusat itu campur tangan (intervene) dalam pasaran pertukaran asing.

Pun begitu menurut Adnan, yang pasti tidak ada kawalan modal, kerana langkah seumpama itu tidak wajar dan akan menjejaskan dan berisiko untuk ekonomi. Beliau berkata bank pusat itu hanya membanteras beberapa siri aktiviti spekulasi terhadap ringgit.

Adnan juga menyatakan tiada sekatan kepada pengurus dana (fund manager), pengurus aset (asset manager), syarikat korporat dan semua yang terlibat dalam operasi kewangan di bawah peraturan pentadbiran pertukaran asing (FEA) yang sedia ada.

Beliau juga menegaskan tiada perubahan dalam sebarang regulasi dan institusi kewangan masih bebas untuk meneruskan operasi mereka.

Untuk pengetahuan umum, bagi menjalankan intervention dalam pasaran matawang, BNM akan menggunakan rizab matawang asing untuk di jual-beli bagi menstabilkan nilai Ringgit. Dalam hal ini bagi melindungi Ringgit dari kejatuhan, Bank Negara memerlukan rizab matawang asing untuk membeli semula Ringgit bagi menaikkan semula nilainya.

Ringgit pada hari ini meneruskan kejatuhan dalam pasaran matawang apabila mencecah RM4.4278 semasa artikel ini ditulis. Ini adalah peningkatan hampir 200 pip berbanding RM4.4068 tiga jam lepas.

 

Ringgit Merekodkan Penurunan Selama Lapan Hari Berturut-Turut

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat