Thailand Lawan Arus! Ambil Keputusan Longgar Peraturan Cukai Kripto

415

Ahli kabinet Thailand, Khana Ratthamontri memutuskan pada hari ini untuk melonggarkan peraturan cukai bagi pelaburan dalam matawang kripto sebagai sarana untuk menjana pasaran perdagangan kripto di Asia Tenggara.

Peraturan itu, sejajar dengan pengumuman awal yang akan membolehkan para pedagang/pelabur mengimbangi kerugian tahunan berbanding keutungan untuk cukai yang perlu dibayar ke atas pelaburan matawang kripto dan pengecualian cukai nilai tambah sebanyak 7%. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Arkhom Termpittayapaisith dalam satu persidangan media.

Baru-baru ini, Thailand mengumumkan pemansuhan cukai pegangan 15% yang dirancang untuk matawang kripto, berikutan tekanan daripada komuniti kripto.Pasaran kripto telah berkembang pesat di Thailand sepanjang tahun lalu dengan akaun dagangan melonjak kepada kira-kira 2 juta pada akhir 2021 berbanding 170,000 pada awal tahun sepertimana yang dimaklumkan oleh pegawai kementerian pada Januari 2022.

Kabinet juga meluluskan pelepasan cukai untuk pelaburan langsung dan tidak langsung dalam startup, kata Arkhom. Pelabur yang melabur selama sekurang-kurangnya dua tahun dalam syarikat startup akan ditawarkan pelepasan cukai selama 10 tahun sehingga Jun 2032. Pada bulan Februari lalu, Jabatan Hasil Thai telah menjelaskan tentang bagaimana matawang kripto dan token digital akan dikenakan cukai selepas beberapa tahun kerajaan mengenakan peruntukan dalam Kod Hasil untuk mencukai aset digital.

Selain itu, pihak berkuasa juga menyediakan garis panduan untuk mengenakan cukai perlombongan mata wang kripto, aset digital yang diterima sebagai gaji/upah atau hadiah, dan keuntungan daripada memegang aset digital sebagai pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat