Trader Sesi Asia Dinasihatkan Supaya Jangan Entry Sebelum Membaca Artikel Penting Ini!

46

Aussie menjunam pada awal sesi Asia pada Rabu menjelang laporan GDP.

Aussie diniaga menurun 0.16%, sementara USD/JPY meningkat 0.01%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Australia, kadar dalam negara kasar bagi suku kedua meningkat 0.6% bagi tempoh suku ke suku. Terdahulu sebelum ini, indeks pembinaan AIG bagi bulan Ogos merosot kepada 46.6 daripada 51.6 sebelum ini.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 94.80.

Semalaman, Dollar terus mengalami kerugian apabila aktiviti bagi sektor perkhidmatan AS berkembang dalam kadar yang lebih perlahan pada bulan Ogos. Hal ini sekali gus melemahkan jangkaan kenaikan kadar sebelum akhir tahun ini.

Institut Pengurusan Bekalan berkata indeks pembelian pengurus bukan perkilangan jatuh 51.4 bulan lepas daripada 55.5 yang dicatat pada bulan Julai.

Data yang dikeluarkan selepas data pekerjaan AS yang diumumkan Jumaat lalu menambah tekanan kepada jangkaan kenaikan kadar negara itu.

Sekarang, pelabur mula memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah pada hari Khamis, yang berpotensi meningkatkan langkah-langkah rangsangan pada masa akan datang.

Anda teragak-agak untuk membaca artikel ekonomi? Fikir sekali lagi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat