UK Perlu Naikkan Interest Rates Pada Tahun 2015 – OECD

106

forex-malaysia-moshedfx-trading

Hari ini saya nak ulas tentang sumber rujukan dari Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD)

Bank of England perlu mula untuk naikkan interest rate pada tahun depan untuk cool down ekonomi Britain yang mana mengalami ledakkan terlalu banyak peluang pekerjaan. Oleh sebab peluang pekerjaan banyak juga akan berikan impak kenaikkan gaji dan apabila kenaikkan gaji tidak terkawal, inflasi juga akan meningkat tinggi.

OECD jangka bank policy makers akan naikkan interest rates daripada nilai terendah iaitu pada 0.5% pada pertengahan 2015. Kenaikan ini adalah penanda aras bagi kejayaan ekonomi UK, yang akan support kenaikkan gaji orang ramai dan kekalkan kekuatan produktiviti masing-masing.

Ekonomi UK dijangka meningkat pada kadar 2.7% pada 2015, berbanding projection yang dibuat pada September iaitu pada kadar 2.8%, dan pada tahun ini dijangka ia menunjukkan hasil 3% sekaligus mengekalkan UK sebagai pendahulu antara negara G7 dalam perkembangan ekonomi. Kira UK la paling power setakat ini.

Situasi sekarang, Bank policymakers risau kalau banyak sangat peluang kerja sekarang di britain akan menaikkan inflasi, tetapi masih jangka yang CPI berada di bawah kadar 1% pada 6 tahun kehadapan. Situasi sekarang, wage growth masih lemah, tetapi unemployment rates makin berkurang walaupun makin banyak peluang pekerjaan, ini bermaksud peluang kerja bertambah, dan pengangguran berkurang. Dijangka ia berterusan dan akibatkan produktiviti meningkat, gaji meningkat dan menyebabkan isi rumah untuk spend lebih duit.

Dalam jangkaan ekonomi pula, OECD warning, yang ancaman kelemahan dari euro dan yen juga bagi kesan pada kenaikkan ekonomi UK. Sebelum ini kelemahan Euro dan Yen pada kadar 6.5% berbanding matawang lain, telah menaikkan matawang UK pada kadar 5%. Bila matawang naik tinggi, UK punya export barang dia jadi lagi mahal, dan kurang daya saing. Oleh sebab ini, akan kurangkan 0.5% growth ekonomi UK. Akan sebabkan juga GDP UK menurun 0.2% dalam senario ini.

Amaran lain, kalau eurozone terus lemah sebab inflasi, dan 10% kelemahan dalam stock prices akan akibatkan lagi 0.2% akan ditolak dari perkembangan ekonomi UK pada 2015, dan 0.4% pada tahun 2016.

4 December 2014 kita akan dengar sekali lagi isu interest rates ini, setiap bulan ada meeting dan statement dari MPC. Dalam kes ini, anda kena tahu apa kesan kalau interest rates naik kepada nilai Pound? dan apa kesan jika inflasi terus turun juga? Apa kesan jika Bank of England hold lagi untuk tak naikkan interest rates? Saya akan ulas dalam ulasan fundamental yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat