Untung Ada Trump, Harga Minyak Kekal Stabil

142

Selepas mencatatkan penyusutan pada sesi Asia, dagangan minyak mentah mula memaparkan kenaikan ketika pembukaan sesi Eropah dengan pergerakan harga masih lagi dibataskan oleh kebimbangan pasaran terhadap permintaan global lemah disebabkan peningkatan berterusan kes Covid-19.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $51.24 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula diniagakan di sekitar harga $48.29 setong.

Penemuan varian baru Covid-19 yang dilaporkan lebih cepat menular telah menekan dagangan komoditi hitam itu sejak minggu lepas.

Ini susulan perlaksanaan penutupan yang lebih ketat dan sekatan perjalanan oleh banyak negara telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap permintaan bahan bakar dunia yang mungkin terjejas.

Turut menambah kebimbangan pasaran adalah peningkatan berterusan kes coronavirus di seluruh dunia. Pada hari Ahad, sebanyak 30,501 kes telah dicatatkan di UK ketika hospital di beberapa kawasan di negara itu memberi amaran bahawa mereka semakin terbeban.

Bagaimanapun, berita mengenai Presiden AS Donald Trump yang telah menandatangani pakej rangsangan coronavirus sedikit sebanyak membantu menyokong dagangan komoditi hitam daripada susut lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat