Jangkaan ETH Dan 6 Protokol DeFi Menjelang 2021

700

Dalam tempoh hanya setahun DeFi telah mencatatkan peningkatan nilai keseluruhan terkunci sebanyak 2000% ketika era baharu kewangan mula berkembang.

Jika dibandingkan dengan jumlah permodalan pasaran keseluruhan matawang kripto, DeFi hanya mewakili kurang daripada 2%. Ini bermakna, masih ada banyak ruang untuk teknologi ini terus berkembang.

Ketika institusi hebat menjangkakan harga Bitcoin akan mencatat harga 20x ganda pada masa akan datang, Ethereum (ETH) juga sebenarnya tidak ketinggalan menunjukkan potensi lonjakan tinggi.

Ketika penulisan, harga ETH didagangkan pada $735, kira-kira 50% kurang dari rekod tertingginya iaitu $1,392.

Spartan Group dan bekas rakan perniagaan Goldman Sachs, Kevin Koh menerusi kicauan di akaun Twitternya pada hari ini menjangkakan:

1. BTC akan melonjak $100,000 pada 2021
2. Nilai ETH akan melonjak melepasi all-time high 6 bulan akan datang
3. Polkadot (DOT) akan meraih kedudukan kelima teratas berdasarkan permodalan pasaran pada 2021

Ketika ini, terdapat 6 protokol DeFi yang memiliki lebih satu bilion dolar terkunci.

Koh meramalkan beberapa jumlah token DeFi bernilai berbilion dolar berdasarkan permodalan pasaran akan meningkat dengan UNI, SNX, YFI, AAVE dan COMP sebagai pesaing utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat