USD/CAD Mulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Penurunan Harga

354

Matawang dolar Kanada diniagakan mengukuh pada permulaan dagangan minggu ini dalam suasana pasaran yang masih pasif dan bergerak perlahan sempena cuti Easter holiday.

Faktor utama yang menjadi penyebab pengukuhan CAD adalah berikutan kenaikan harga minyak mentah. Amerika Syarikat dilaporkan telah mengumumkan sekatan sepenuhnya terhadap eksport minyak Iran dan tidak terkecuali negara pengimport tertentu sebelum ini.

Tindak agresif Amerika Syarikat itu bakal memberi kesan yang serius terhadap industri minyak mentah dunia tetapi memberi manfaat terhadap dagangan semasa buat Loonie. Harga minyak mentah yang melonjak membuatkan permintaan terhadap matawang CAD turut meningkat disebabkan faktor eksport terbesar minyak di Kanada.

Berbanding dolar Amerika, pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD telah membuat penurunan harga pada awal sesi Asia hari ini bermula.

Dagangan USD/CAD pada minggu lalu dilihat masih gagal menembusi paras resistance pada 1.3400 setelah diuji beberapa kali.

Penurunan harga hari ini dilihat melepasi paras Magic Pivot 1.3382 dan juga support 1.3372 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line sebelum menguji paras tumpuan harga pada 1.33600 dengan penurunan setakat ini mencatatkan sekitar 30 pips pergerakan harga.

Jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan harga, paras support MagicS2 dan support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini bakal ditembusi sebelum menjadikan paras 1.33300 sebagai destinasi tumpuan yang seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance pada 1.34000 juga berhampiran paras resistance MagicR1 akan kembali diuji untuk harga cuba mencari paras ketinggian semasa yang baru pada chart USD/CAD.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan harian.

Paras support: 1.3372, 1.3356, 1.3346.

Paras resistance: 1.3399, 1.3409, 1.3425.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat