USD/JPY Melonjak 70 Pips Pada Dagangan Semalam

469

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga telah melonjak sehingga 70 pips ke paras tertinggi dua minggu sekitar 108.750 didorong oleh pengukuhan dolar Amerika dengan data ekonomi semasa yang positif.

Kedua-dua matawang Yen dan dolar Amerika ini akan menjadi fokus pelabur pada minggu hadapan untuk keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat Jepun pada Selasa dan seterusnya mesyuarat FOMC pada awal Khamis.

Seperti pasaran sedia maklum, Bank of Japan (BOJ) ingin terus mengekalkan polisi monetari yang longgar untuk mengawal keseimbangan perdagangan negara mereka sebagai antara salah satu negara pengeksport terbesar dunia.

BOJ akan bermesyuarat pada 31 Julai minggu hadapan dan masih tiada konsesi oleh BOJ untuk langkah yang seterusnya. Beberapa ahli mesyuarat ingin menekankan langkah untuk merancakkan permintaan domestic untuk menyokong kadar eksport yang lemah.

Penganalisis berpendapat jangkaan untuk mesyuarat BOJ kali ini adalah bersifat neutral dan dijangka tiada kejutan. BOJ dijangka akan terus kekal pendirian polisi yang longgar untuk menyokong ekonomi mereka.

Dan seterusnya, tumpuan pasaran akan beralih pada mesyuarat FOMC pada awal Khamis. Ramai menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menurunkan kadar faedah dengan penurunan 25 mata asas.

Kenyataan susulan oleh Gabenor Jerome Powell akan menjadi fokus utama pelabur. Powell berkemungkinan akan membawa mesej yang neutral namun tekanan terhadap faktor politik turut akan diambil kira.

Ramalan pelonggaran dasar oleh Fed semakin pudar sementara pasaran turut memberi perhatian terhadap rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China. Menteri Ekonomi Jepun juga dijangka akan mengadakan pertemuan bersama Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer untuk rundingan pada minggu hadapan.

Jangkaan pergerakan harga pada carta USD/JPY akan bergerak dalam julat paras harga 106.50 hingga 109.50.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat