USD Kekal Jadi ‘King’, Apa Cerita Mata wang Lain?

407

Pengukuhan dolar greenback berpanjangan pada sesi Eropah, dengan raja mata wang itu kini berada di landasan untuk keuntungan minggu keempat berturut-turut.

Data keluaran dalam negara kasar (KNDK) Amerika Syarikat yang diterbitkan pada Khamis menunjukkan ekonomi negara itu kekal mengukuh pada suku keempat walaupun sedikit menurun daripada anggaran awal.

Ini disokong oleh pasaran buruh yang ketat di mana bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan faedah pengangguran menurun pada minggu lalu.

Ekoran itu, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback terus menguat pada sekitar paras tertinggi enam minggu pada 104.70 berbanding enam mata wang utama lain.

Perhatian pelabur kini tertumpu kepada penerbitan data perbelanjaan penggunaan peribadi AS untuk bulan Januari, yang juga merupakan ukuran inflasi pilihan Fed.

Sementara itu, mata wang euro kekal merosot susulan data yang menunjukkan ekonomi terbesar Eropah, Jerman menguncup 0.4% pada suku keempat.

Penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) terus menawarkan kenyataan hawkish, di mana yang terbaru Joachim Nagel mengatakan bahawa beliau tidak menolak untuk menaikkan kadar faedah selanjutnya selepas bulan Mac.

Selain itu, mata wang pound diniagakan sedikit berubah dengan harga cuba bertahan daripada jatuh di bawah paras harga 1.2000 berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand masing-masing terus didagangkan lebih rendah berbanding US dolar.

Mata wang yen pula menyusut rendah selepas calon gabenor Bank of Japan (BOJ) Kazuo Ueda menawarkan kenyataan berbaur sedikit dovish yang mengatakan dasar monetari semasa adalah wajar.

Nak belajar macam mana news boleh beri impak pada pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami! – JOIN SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat