USD Terus Menguasai Pasaran Walaupun Hasil Bon Jatuh Tersungkur!

372

Sentimen berisiko berterusan menyelubungi pasaran pada hari Rabu, yang menyaksikan raja matawang US dolar terus diperdagangkan lebih kuat berbanding kebanyakan pesaing utamanya.

Walaupun sedikit terkesan dengan kejatuhan mendadak hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke bawah tahap 1.20% pada sesi New York sebelum ini, namun matawang itu kekal didagangkan menguat.

Kejatuhan hasil bon AS mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap penyebaran varian virus Delta akan menjejaskan pemulihan ekonomi global menyebabkan pelabur meningkatkan pegangan terhadap US dolar yang juga dianggap sebagai safe-haven.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan menguat di sekitar harga 93.00, iaitu paras tertinggi 3 bulan.

Dalam pada itu, euro dilihat lebih berdaya tahan dengan pengukuhan US dolar, di mana penyusutan yang dicatatkan agak terbatas ketika tumpuan pelabur kini tertumpu pada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis.

Sementara itu, matawang pound terus didagangkan lebih lemah selepas ‘Hari Kebebasan’ yang tidak menyenangkan pasaran berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang terus dicatatkan lebih tinggi di UK.

Bagaimanapun, berbeza dengan dolar Kanada yang didagangkan stabil berbanding US dolar, selepas disokong oleh laporan mengenai rancangan untuk membuka semula sempadan perjalanan antara Kanada dan Amerika Syarikat pada bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat