Wow! Bagaimana Trader Gandakan Pegangan Solana Dalam 5 Hari Je?

794

“Trader ni ada strategi tersendirinya, jadi korang pun kenalah pandai amik peluang ye.”

Solana (SOL) muncul sebagai salah satu mata wang kripto terhangat dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila harganya menggunung 775% pada tahun lepas sehingga menarik para pelabur membeli beberapa token bersandarkan rantaian SOL.

Rentetan itu, seorang pedagang yang memulakan pelaburan awalnya sebanyak 4 SOL telah berjaya menjana kira-kira 2,250 aset digital tersebut bernilai $245,000 dalam tempoh lima hari sahaja.

Pada awalnya, pedagang tersebut telah melihat memecoin di blockchain SOL dipanggil BORK, jadi beliau terus menggunakan 4 SOL bagi membeli 1.2 bilion BORK seterusnya menjual 888 juta token itu untuk memperoleh 1,454 SOL.

Suka dimaklumkan tindakan tersebut telah berlaku apabila BORK meningkat lebih 600% semasa terdapat pemulihan untuk memecoin di rangkaian SOL, oleh itu pedagang tersebut kini memegang 311.4 juta BORK bernilai hampir 800 SOL.

Hype memecoin telah mencetuskan pengambilan untung daripada pelabur awal dalam projek tersebut seterusnya manfaatkan pulangan yang ketara daripada positions awal mereka apabila harga mendaki tinggi.

Buktinya, terdapat seorang pedagang pintar lain yang berdagang 27 memecoin pada blockchain layer-1 dalam masa 11 hari dan 21 daripadanya menguntungkan susulan beliau menjana hampir $77,700 dengan kadar kemenangan sebanyak 78%.

Pada bulan lalu pula, seorang lagi pelabur SOL mengaut hampir $2 juta setelah melabur dalam memecoin yang menampilkan naga aneh sebagai maskotnya dipanggil Silly Dragon (SILLY) dengan hanya 1.5 SOL.

Diperjelaskan lebih lanjut, pedagang itu menukar 1 SOL bernilai $62 untuk 43 juta token SILLY dan sepanjang 22 hari seterusnya, SILLY yang mencapai paras tertinggi baharu telah capai modal pasaran melebihi $123 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat