12 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (30 September – 4 Oktober 2019)

1,154

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Perkilangan China (Isnin 9.00 Pagi): Bacaan data mencatatkan sedikit peningkatan untuk September berbanding bulan sebelumnya. Namun begitu, bacaan terbaru menunjukkan penguncupan untuk bulan kelima berturut-turut dalam aktiviti perkilangan di China.

Bacaan Akhir Pertumbuhan GDP UK (Isnin 4.30 Petang): Berdasarkan data awal, ekonomi British dilihat tidak menunjukkan perubahan pada suku kedua selepas peningkatan didorong oleh isu Brexit pada suku pertama. Bacaan akhir berkemungkinan mencapai pertumbuhan pada kadar 0%.

Mesyuarat Penetapan Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 1.00% pada dua mesyuarat yang terakhir selepas penurunan kadar dilakukan pada Jun dan Julai. Jangkaan besar pasaran bahawa RBA bakal menurunkan kadar pada mesyuarat kali ini kepada 25 mata asas.

Data Inflasi Zon Eropah (Selasa 5.00 Petang): Pergerakan perlahan ekonomi telah memberi tekanan terhadap inflasi di zon Eropah. Bacaan awal indeks harga pengguna untuk September berkemungkinan kekal rendah di sekitar paras 1.0% seperti yang direkodkan pada Ogos. Sebarang kemerosotan bakal menekan dagangan dolar Euro.

Data Pertumbuhan GDP Kanada (Selasa 8.30 Malam): Kanada memaparkan bacaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara bulanan, lebih memudahkan pantauan terhadap ekonomi. Pertumbuhan telah mengatasi jangkaan untuk empat bulan sebelum ini. Data yang dikeluarkan ini akan memberi bacaan awal ekonomi untuk suku ketiga tahun ini.

Data PMI Perkilangan Tinjauan ISM di AS (Selasa 10.00 Malam): Hasil tinjauan pada Ogos mengecewakan dengan penurunan 49.1 mata menunjukkan penguncupan pada sektor tersebut. Kenaikan semula melebihi paras 50 akan melegakan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan.

Laporan Pekerjaan ADP NFP di AS (Rabu 8.15 Malam): Data laporan bagi pertambahan pekerjaan dalam sektor swasta di Amerika Syarikat ini akan memberikan gambaran awal untuk laporan pekerjaan NFP pada Jumaat. Pasaran menjangkakan pertambahan pekerjaan untuk September lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Data PMI Perkhidmatan UK (Khamis 4.30 Petang): Berbeza daripada penguncupan pada sektor perkilangan dan pembinaan, sektor perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan pada bulan Ogos. Jangkaan bacaan terbaru masih berada di atas paras 50 mata.

Data PMI Bukan-Perkilangan Tinjauan ISM di AS (Khamis 10.00 Malam): Berbeza dengan sektor perkilangan, perkhidmatan mencatatkan peningkatan yang baik di Amerika Syarikat. Tinjauan ISM menunjukkan bacaan mengejutkan pada Ogos dan berkemungkinan juga pada bacaan kali ini.

Data Jualan Runcit Australia (Jumaat 9.30 Pagi): Data ini memberi petunjuk terhadap perbelanjaan pengguna di Australia dengan jangkaan bacaan data untuk bulan Ogos bakal meningkat berbanding bulan sebelumnya yang mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding ramalan pasaran.

Laporan Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Data yang menjadi tumpuan utama pelabur setiap bulan ini dijangka akan memberi impak besar dalam pasaran dan mempengaruhi keputusan mesyuarat polisi Federal Reserve. Penurunan pada kadar pertambahan pekerjaan dua bulan sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap pasaran. Angka melebihi 200,000 pekerjaan diperlukan untuk meyakinkan bahawa pasaran buruh masih kukuh. Komponen laporan termasuk data purata pendapatan serta kadar pengangguran akan turut menjadi fokus pelabur.

Data Imbangan Dagangan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Turut dikeluarkan bersama laporan data pekerjaan NFP AS adalah data imbangan dagangan Kanada. Bacaan data diramalkan meningkat ekoran peningkatan pada tinjauan IVEY PMI di Kanada.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat