2 Firma Besar Wall Street Mula Menzahirkan Perhatian Terhadap Pasaran Crypto

500

Pada hari Ahad, kebanyakkan matawang crypto mencatatkan peningkatan berikutan terdapat laporan yang mengatakan 2 firma Wall Street sedang memberi perhatian pada pasaran matawang digital.

Bitcoin merupakan matawang crypto yang memiliki nilai pasaran terbesar meningkat 2.1% kepada $7,047 dan sekarang berada pada paras harga $7,164.56.

Jika ditelusuri kembali pergerakan harga bitcoin, pada tahun 2017 harga bitcoin telah melonjak naik sebanyak 1,300% namun hal itu belum terjadi lagi pada tahun 2018.

Pada bulan Mac dan April, matawang crypto ditimpa musibah pelarangan pengiklanan atawang crypto di Google dan Facebook. Dalam masa yang sama turut mempengaruhi adalah ketidakpastian undang-undang matawang crypto di Asia. Bitcoin telah jatuh hampir 50% sejak awal tahun.

Walaubagaimanapun, dengan kehadiran berita pada hari Ahad, para pelabur mula teruja apabila 2 syarikat ikon Wall Street sedang meninjau untuk melabur dalam pasaran matawang crypto.

Badan pengurus dana yang dipelopori oleh George Soros sedang menyiapkan pelan untuk melabur dalam dagangan matawang crypto.

Adam Fisher yang merupakan pengurus dana untuk Soros Fund Management telah diberi kebenaran untuk melabur dalam matawang crypto berdasarkan laporan Bloomberg.

Selain itu, Venrock yang merupakan syarikat yang diasaskan John D. Rockefeller sedang melakukan kerjasama dengan syarikat pelaburan matawang crypto yang berpusat di Brooklyn.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat