Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei.
Abdul Halim sebelum ini berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan kini mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Azam Baki yang tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Mei.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan ini mengikut subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Menurutnya, kerajaan yakin pengalaman luas serta integriti tinggi Abdul Halim mampu memperteguh usaha tadbir urus, mengukuhkan keyakinan rakyat dan mempercepat agenda pembanterasan rasuah.
Sumber: BERNAMA
























































