40K BTC Dipindahkan Ke Bursa Kripto, Adakah Ini Satu Petanda Baik?

1,861

Turun naik pasaran kripto yang diibaratkan sebagai rollercoaster pada minggu lepas telah memberi kesan kepada pasaran mata wang kripto dalam pelbagai aspek. Data dari IntoTheBlock menunjukkan bahawa kira-kira 40,000 BTC dipindahkan ke bursa sejak 11 Mei. Walaupun ini telah meningkatkan tekanan jualan, terdapat beberapa berita baik iaitu Bitcoin berjaya mengekalkan harga di atas $28,000, dimana paras harga itu menjadi paras tumpuan pasaran.

Selepas berminggu-minggu harga Bitcoin tidak dapat menembusi melebihi $40,000, Bitcoin masih mampu untuk bangkit walaupun pada minggu lalu berhadapan dengan keruntuhan Terra LUNA UST sehingga menyebabkan bitcoin merosot sebanyak $15,000 pada satu ketika ke kedudukan harga terendah sejak akhir Disember 2020 pada $25,300.

Paras harga ini telah menhadirkan panik dalam pasaran dengan indeks ketamakan dan ketakutan menunjukkan tahap “ketakutan melampau” yang paling teruk sejak penularan COVID-19. Ini telah menyebabkan ramai pelabur tergesa-gesa untuk mendepositkan pegangan mereka dalam bursa, yang biasanya membawa indikasi ‘bearish’. Berdasarkan data daripada IntoTheBlock, kira-kira 40,000 BTC dihantar ke bursa dagangan.

Walaupun peningkatan tekanan jualan ini, syarikat itu mendedahkan bahawa bitcoin masih dapat bertahan melebihi di atas $28,000. Selain itu, mata wang kripto malah melonjak ke atas $31,000 beberapa hari lalu tetapi tidak dapat meneruskan pengukuhan.

Dalam turun naik pasaran kripto tempoh hari juga telah menarik pelabur runcit. Alamat yang memegang BTC kurang daripada 30 hari mula meningkat pada 8 Mei dan terus berbuat demikian. Kebiasaan tindakan pemegang alamat dalam julat ini akan mengikut pola harga dan menjual pada kerugian, namun IntoTheBlock menyatakan hal sebaliknya yang berlaku.

El Salvador yang merupakan negara pertama membenarkan penggunaan bitcoin juga telah menambah 500 BTC dalam kejatuhan baru-baru ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat