5 Matawang Kripto Yang Patut Jadi Perhatian April Ini!

8,300

Sepanjang minggu ini, pasaran kripto mengundang pelbagai perasaan pelabur. Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum April, pasaran kripto dilihat semakin pulih dengan nilai pasaran kembali melepasi $1 trilion.

Berikut 5 matawang kripto menjadi tumpuan menjelang April:

BITCOIN (BTC)

Pada minggu lepas, susulan daripada pengumuman Tesla menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran, harga raja kripto itu menyaksikan lonjakan lebih $1,000. Bagaimanapun, lonjakan itu tidak bertahan lama apabila BTC susut ke sekitar $50,000, di mana menjadi  paras sokongan sebelum menyaksikan peningkatan harga kepada nilai semasa penulisan, $55,530.

Penembusan rintangan pada $55,000 menunjukkan BTC bersedia untuk melepasi $57,700. Jika berlaku, aset Satoshi Nakamoto dijangka akan mencapai paras harga $60,000 dan mencatat rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) pada $62,000.

CARDANO (ADA)

Sejak dua bulan lalu, ADA merupakan antara koin yang menunjukkan prestasi terbaik. Bagaimanapun, ramai yang berpendapat lonjakan ADA hanyalah berdasarkan kepada spekulatif kerana Cardano masih belum ada teknologi kontrak pintar. Tanggapan itu ditepis oleh pengasasnya, Charles Hoskinson.

ADA juga pada masa yang sama merekod nilai tertinggi mingguan, $1.28 sebelum susut kepada harga semasa penulisan, $1.19. Selepas berhadapan dengan consolidation beberapa hari lalu, pergerakan ADA sukar dijangka dan menarik jika berlaku pergerakan yang mengejutkan.

BINANCE COIN (BNB)

Tidak dinafikan menjadi antara koin yang hangat pada awal 2021, sejak beberapa minggu lalu, BNB didagangkan sekitar $290 dan $240.

Dilaporkan, pembakaran koin bagi suku pertama 2021 (sekitar hujung Mac dan awal April) dijangka akan melonjakkan harga BNB. Pada masa yang sama, kesesakan di Binance Smart Chain (BSC) tidak menunjukkan tanda untuk reda memandangkan BNB mendapat permintaan tinggi untuk menjalankan transaksi.

UNISWAP (UNI)

Sejak seminggu lalu, UNI telah menyaksikan penyusutan nilai, mencatat rekod harga sekitar $32. Bagaimanapun, pada 24 Mac, Uniswap telah mengumumkan pelancaran Uniswap V3. Bermula dengan pelancaran di mainnet L1 Ethereum pada 5 Mei dan L2 di Optimism kemudiannya.

Jadi, tidak mustahil projek itu bakal membawa lonjakan jumlah nilainya.

SOLANA (SOL)

Token SOL merupakan antara koin terbaik bagi 2021. Mengetengahkan infrastruktur blockchain berskala untuk sejumlah besar transaksi setiap saat pada harga yang murah, rangkaian ini juga menjadi pilihan pelabur yang mencari alternatif kepada Ethereum.

Pada 1 Januari, matawang itu didagangkan pada $0.55 dan berjaya mencatat rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $19.39 pada malam tadi. Bagaimanapun, SOL susut lebih 8% dan didagangkan pada, $17.7 ketika penulisan.

 

Tidak rugi jika ingin mengkaji kelima-lima matawang ini memandangkan hype dalam pasaran kripto terutama DeFi dan NFT tidak menunjukkan tanda suram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat