7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 Julai 2019)

1,139

Berikut adalah sebahagian daripada data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Jualan Rumah Sedia Ada Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Data yang dikeluarkan untuk bulan Jun dijangka sedikit meningkat oleh pasaran. Kadar faedah yang rendah mampu menyokong perkembangan pada sektor perumahan.

Data Imbangan Dagangan New Zealand (Rabu 6.45 Pagi): Bacaan data kali ini dijangka akan terus menurun untuk bulan ketiga berturut-turut. Namun, data tinjauan PMI perkilangan di New Zealand yang meningkat sebelum ini mampu mendorong kepada kenaikan bacaan data.

Data PMI Perkilangan Zon Eropah (Rabu 4.00 Petang): Bacaan data masih kekal di bawah paras 50.0 dengan penurunan pada tinjauan ZEW sebelum ini bakal mempengaruhi kemerosotan data.

Data Jualan Rumah Baru (Rabu 10.00 Malam): Kadar jualan rumah baru turut dijangka bakal ada peningkatan ekoran jangkaan kenaikan pada data jualan rumah sedia ada. Kenaikan pada data ini akan memberi isyarat aktiviti ekonomi yang positif.

Penetapan Polisi Monetari Bank Pusat Eropah (Khamis 7.45 Petang): Pasaran menjangkakan European Central Bank (ECB) lebih cenderung ke arah polisi monetari yang lebih longgar. Kadar faedah dijangka akan dikekalkan di paras sifar, namun kenyataan susulan oleh bank pusat akan menjadi tarikan pelabur.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama Amerika Syarikat (Khamis 8.30 Malam): Selepas mencatatkan peningkatan melebihi jangkaan pada bulan Mei, jangkaan pasaran pada data bulan Jun bakal kembali menurun dengan penurunan diramalkan pada kadar 0.2% berbanding data sebelum ini 0.4% yang telah dikemaskini. Data ini menjadi petunjuk bagi pengeluaran, dengan pesanan yang menurun menunjukkan aktiviti perkilangan turut perlahan.

Data Pertumbuhan KNDK Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan awal bagi pertumbuhan GDP di Amerika Syarikat akan dipengaruhi oleh penurunan pada data jualan runcit serta data imbangan dagangan yang merosot bagi suku tahun kedua. Bacaan data yang lemah akan turut mempengaruhi keputusan Federal Reserve pada mesyuarat polisi minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat