8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 Mei 2023)

493

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Pagi): Butiran minit akan diteliti oleh pelabur setelah Reserve Bank of Australia mengejutkan pasaran pada mesyuarat polisi terbaru di awal Mei lalu dengan menaikkan kadar faedah 25 mata asas berbanding ramalan untuk mengekalkannya.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Bakal diberi perhatian oleh bank pusat, kesihatan semasa bagi sektor buruh akan diteliti menerusi komponen laporan pada data ini. Angka yang diterbitkan akan menjadi panduan untuk bank pusat tentukan hala tuju dasar monetari.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Ramalan angka tinjauan yang terbaru bagi bulan Mei merosot di bawah paras negatif, memberi gambaran tahap aktiviti ekonomi yang lemah. Ini boleh menambahkan lagi tekanan buat mata wang Euro minggu ini.

Data Inflasi Kanada (Selasa 8.30 Malam): Perubahan pada kadar kenaikan inflasi akan mempengaruhi keputusan bank pusat Kanada dalam menetapkan dasar monetari mereka yang ketika ini semakin dilonggarkan.

Data Jualan Runcit AS (Selasa 8.30 Malam): Jangkaan angka pada kadar jualan runcit terbaru di Amerika meningkat untuk bulan April yang menggambarkan perbelanjaan pengguna yang positif. Angka yang meningkat akan mendorong nilai mata wang USD juga meningkat.

Data Inflasi Eropah (Rabu 5.00 Petang): Bacaan akhir bagi inflasi tahunan Eropah diramal kekal tidak berubah di paras 7.0%. Kadar inflasi yang masih tinggi ini dilihat akan terus mendesak bank pusat untuk mengetatkan lagi dasar monetari.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Bank pusat akan meneliti data pekerjaan untuk menilai kesesuaian dasar monetari yang perlu dilaksanakan pada mesyuarat seterusnya. Pertambahan pekerjaan pada April dijangka lebih rendah berbanding bulan sebelum, sementara kadar pengangguran diramal kekal tidak berubah.

Data Faedah Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Data Unemployment Claims diterbitkan secara mingguan untuk memantau tuntutan yang dibuat bagi rakyat AS yang tidak bekerja. Angka yang semakin menurun akan memberi kesan yang positif pada pergerakan USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat