Inflasi Kanada Meningkat Pada Mac! Adakah Ini Bakal Pengaruhi BoC?

154

Kadar inflasi tahunan Kanada meningkat kepada 2.9% pada bulan Mac, seperti yang dijangka, manakala ukuran inflasi teras terus perlahan untuk bulan ketiga berturut-turut, berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Penganalisis yang ditemubual oleh Reuters telah meramalkan inflasi akan mencatat bacaan kepada 2.9% daripada 2.8% pada bulan Februari. Berdasarkan kiraan bulanan, indeks harga pengguna meningkat sebanyak 0.6%, peningkatan terbesar sejak Julai 2023, tetapi kurang daripada jangkaan kenaikan sebanyak 0.7%.

Peningkatan kadar tahunan didorong oleh harga petrol yang lebih mahal di pam minyak akibat kebimbangan bekalan dan pengurangan pengeluaran sukarela yang mendorong harga minyak mentah global lebih tinggi, lapor Jabatan Statistik Kanada. Tanpa mengambil kiraan petrol, inflasi perlahan kepada 2.8% daripada 2.9% pada bulan Februari.

Bank of Canada (BoC), yang cuba menstabilkan inflasi kepada sasaran 2%, mengekalkan kadar faedah pada paras 5% yang hampir mencapai paras tertinggi 23 tahun minggu lalu, tetapi mengatakan pengurangan pada bulan Jun adalah berkemungkinan jika trend penyejukkan terkini dalam inflasi berterusan.

Inflasi utama masih kekal di bawah 3% sejak Januari dan sejajar dengan jangkaan BoC agar bacaan inflasi berhampiran dengan 3% dalam separuh pertama tahun 2024. CPI-median dan CPI-trim – ukuran utama bank bagi inflasi asas – perlahan lebih daripada yang dijangka. CPI-median perlahan kepada 2.8% daripada 3% pada bulan Februari manakala CPI-trim berkurangan kepada 3.1% daripada 3.2%. Pakar ekonomi mengharapkan CPI-median akan turun sedikit kepada 3.0% dan CPI-trim kekal pada 3.2%.

BoC meningkatkan kadar sebanyak 475 mata asas kepada paras tertinggi 22 tahun antara Mac 2022 dan Julai 2023 dan telah mengekalkan paras itu sejak itu selama enam mesyuarat berturut-turut dalam usahanya menstabilkan inflasi. Pengumuman kadar seterusnya BoC adalah pada 5 Jun.

Pada bulan Mac, harga hartanah terus memberikan tekanan ke atas harga, dengan kos faedah gadai dan indeks sewa menyumbang sebahagian besar kepada kenaikan tahunan dalam CPI semua item, lapor Statscan. Inflasi perkhidmatan meningkat pantas kepada 4.5% pada bulan Mac daripada 4.2% pada Februari, didorong oleh pengangkutan udara dan sewa, manakala inflasi barang perlahan sedikit kepada 1.1% daripada 1.2%. Tanpa mengambil kira makanan dan tenaga yang berubah-ubah, harga meningkat sebanyak 2.9% berbanding dengan peningkatan 2.8% pada bulan Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat