Pesanan Barangan A.S Februari Kembali Pulih! Adakah Ini Petanda Yang Bagus?

361

Pesanan untuk barangan buatan AS yang tahan lama meningkat lebih daripada yang dijangka pada bulan Februari, sementara pelaburan perniagaan dalam peralatan dilihat meningkat pada suku pertama.

Pesanan untuk barangan tahan lama, item yang bermula dari pembakar roti hingga pesawat yang dimaksudkan untuk memiliki ketahana tiga tahun atau lebih, meningkat 1.4% bulan lalu dengan kenaikan dalam pesanan peralatan pengangkutan dan jentera, berdasarkan Biro Banci Jabatan Perdagangan Amerika pada hari Selasa.

Data untuk Januari telah dinilai ke bawah untuk menunjukkan pesanan merudum sebanyak 6.9% berbanding 6.2% seperti yang dilaporkan sebelum ini. Pakar ekonomi yang dipetik oleh Reuters telah meramalkan pesanan barang tahan lama meningkat 1.1%.

Barangnan pembuatan masih terhad oleh kadar faedah yang lebih tinggi, yang telah membatasi permintaan akan barangan. Waima begitu prospek bagi sektor ini, yang menyumbang 10.3% kepada ekonomi, ia semakin meningkat berikutan jangkaan bahawa Federal Reserve akan mula mengurangkan kadar faedah pada tahun ini.

Satu tinjauan dari Institut Pengurusan Bekalan bulan ini menunjukkan pengilang agak optimis pada bulan Mac mengenai jualan dan keadaan perniagaan. Output kilang meningkat semula pada bulan Februari.

Bank pusat AS telah menaikkan kadar dasar hingga 525 mata asas kepada julat semasa 5.25%-5.50% sejak Mac 2022.

Pesanan barangan modal  tanpa mengambil kira barangan pertahanan yang terkecuali seperti pesawat, yang menjadi petunjuk yang dipantau rapat untuk pelan belanja perniagaan, meningkat 0.7% pada bulan Februari selepas merudum 0.4% dalam bulan sebelumnya.

Pesanan barangan modal teras ini sebelum ini dilaporkan tidak berubah pada Januari. Penghantaran barangan modal teras merudum 0.4% selepas meningkat 0.8% pada Januari.

Pesanan barangan kapital tanpa pertahanan meningkat 4.4%, manakala penghantaran meningkat 2.7% selepas merudum 3.0% pada Januari. Penghantaran barang-barang ini masuk dalam pengiraan komponen perbelanjaan perniagaan pada laporan produk domestik kasar.

Pelan belanjaan perniagaan dalam peralatan merudum pada suku keempat. Ia telah merudum dalam empat suku yang lalu daripada lima suku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat