Produktiviti Kanada Undang Kekhuatiran! BoC Beri Rincian Penting

95

Bank of Canada (BoC) pada hari Selasa menyatakan bahawa sektor perniagaan harus dengan segera perlu meningkatkan pelaburan bagi meningkatkan produktiviti. BoC menyatakan bahawa ini akan membantu melindungi ekonomi daripada ancaman inflasi.

Menurut Timbalan Gabenor Kanan Carolyn Rogers bahawa “Menambah produktiviti adalah cara untuk melindungi ekonomi kita daripada gelombang inflasi pada masa hadapan tanpa perlu bergantung begitu banyak kepada penawar kadar faedah yang lebih tinggi.”

Bank of Canada telah meningkatkan kadar faedah kepada paras tertinggi dalam 22 tahun dan mengatakan masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai bila mereka akan mula turunkan kadar faedah.

Para penggubal dasar dan perniagaan telah merakamkan rasa bimbang selama bertahun-tahun tentang produktiviti yang rendah di Kanada dimana menurut Rogers atas tahap pelaburan yang rendah, kurangnya persaingan, dan ketidakupayaan pendatang baru di Kanada untuk menggunakan kemahiran mereka dengan betul.

Inflasi boleh menjadi lebih besar ancamannya daripada yang pernah berlaku dalam beberapa dekad yang lalu, kerana manfaat globalisasi berkurang dan harga ditekan oleh demografi, perubahan iklim, dan ketegangan perdagangan global, katanya.

Bank pusat menganggap produktiviti akan meningkat selepas pandemik tetapi sehingga kini perkara ini tidak berlaku, katanya. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat di negara pesaing melabur lebih daripada Kanada.

Produktiviti buruh perniagaan Kanada meningkat 0.4% dalam suku keempat selepas merudum selama enam suku berturut-turut. Produktiviti tahunan menurun 1.8% pada 2023, iaitu tahun ketiga berturut-turut penurunan, berdasarkan data Statistik Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat