USD Masih Hilang Arah, Turun & Naik Buat Pelabur Gelisah!

309

Pergerakan US dolar pada dagangan Selasa semalam bercampur-campur apabila melemah dahulu menyambung corak pergerakan awal minggu sebelum berubah arah.

Di sesi New York, US dolar kembali menemui kekuatannya semula selepas data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat (AS) untuk Februari catat peningkatan yang mengatasi ramalan.

Namun, data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) menyusul selepas itu hadir dengan angka yang kurang memberangsangkan bagi bulan Mac.

Momentum pengukuhan US dolar kembali pudar ketika menuju dagangan penutup sesi tersebut.

Pelabur akan menantikan pula terbitan data pertumbuhan ekonomi AS untuk bacaan akhir pada Khamis ini sebelum tumpuan beralih kepada data indeks harga PCE di penghujung minggu yang turut dinilai oleh Federal Reserve (Fed) sebagai komponen inflasi.

Penganalisis pasaran menjangkakan pelabur akan kembali memberi fokus semula kepada dasar monetari Fed selepas isyarat pemotongan kadar faedah sebanyak 3 kali tahun ini pada mesyuarat FOMC minggu lalu.

Kenyataan-kenyataan yang akan dilontarkan oleh pegawai Fed sepanjang minggu ini turut akan diperhatikan pelabur.

Para pelabur akan memerhati untuk sebarang petanda berisiko untuk ekonomi AS sebelum lebih yakin bahawa Fed akan mula beralih kepada pelonggaran dasar monetari.

Namun ketika ini masih belum jelas berikutan masih terdapat sebahagian data-data yang diterbitkan menunjukkan ekonomi AS masih berdaya tahan dengan dasar ketat yang dikekalkan.

Di sisi lain, penganalisi juga memberi amaran untuk berwaspada terhadap dagangan Yen dengan risiko tindakan intervention boleh berlaku.

Menteri Kewangan Jepun menyatakan bahawa mereka tidak menolak sebarang kaedah diperlukan untuk menangani penyusutan Yen.

Mata wang Jepun itu kekal bergerak mendatar di zon terendah 3 dekad berbanding US dolar.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah bagi kedua-dua penanda aras WTI dan Brent mula pamerkan kejatuhan sehingga awal pagi ini.

Sementara, harga emas pula berjaya paparkan lonjakan mencapai paras ketinggian $2,200 semalam sebelum susut semula dan mendatar sekitar $2,177 sehingga setakat sesi Asia pagi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat