5 Tahun Berdiam Diri, Whale Kelima Terbesar Alih $6 Bilion BTC!

1,567

“Hmm agaknya kenapa eh whale ni tiba-tiba je alihkan sejumlah besar BTC?”

Tanpa disedari, address pemegangan Bitcoin (BTC) kelima terbesar dipanggil “37X” memindahkan 94,500 BTC bernilai lebih $6.05 bilion kepada tiga address baharu buat kali pertama sejak 2019 tetapi hanya meninggalkan 1.4 BTC sahaja dalam address awalnya.

Permindahan itu berlaku di tengah-tengah tempoh peningkatan minat institusi terhadap BTC yang didorong oleh acara halving BTC yang akan datang, di mana ia mengurangkan ganjaran penerbitan blok separuh.

Umum mengetahui pemindahan BTC lebih $6 bilion itu telah berlaku dua hari sebelum harganya menuntut semula $70,000 pada 25 Mac 2024 dan memandangkan pelabur sambung semula pengumpulan BTC di luar bursa, bekalannya di Coinbase capai paras terendah sembilan tahun.

Sungguhpun harga BTC buat kali pertama dalam sejarah cecah paras tertinggi sepanjang masa sebelum halving, pengurangan pengeluaran bekalan yang masuk masih tidak dinilai sepenuhnya, kata co-founder bursa decentralized D8X dan bekas pengarah eksekutif di UBS.

Pun begitu, kenaikan semasa BTC kebanyakannya didorong oleh jangkaan halving dan peningkatan aliran masuk institusi daripada 10 spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS), ulas Christopher Cheung yang merupakan rakan kongsi dana aset digital Ten Squared.

Penglibatan BlackRock serta Fidelity dalam melancarkan produk BTC berjaya menarik minat pelabur yang sebelum ini teragak-agak untuk menyertai pasaran kripto dan BTC ETF capai jumlah gabungan $58.3 bilion dalam pegangan on-chain yang mewakili 4,17% daripada bekalan BTC semasa.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.55% pada paras $70,394 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasraan lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 12.26% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat