Emas Beri Petanda Bakal ‘Buka Tapak’ Atas $2,200, Spekulasi Kadar Faedah Jun Kekal Meriah

746

Emas melonjak di atas paras tertinggi untuk dua hari ini mencecah paras $2,200 pada sesi awal Amerika pada Selasa apabila berlakunya perubahan dalam mata wang dolar AS.

Dolar AS berdepan tekanan menurun apabila penggubal dasar Federal Reserve (Fed) nampaknya semakin yakin mengenai tekanan harga yang semakin mereda dan mempertahankan ramalan tiga pemotongan kadar faedah tahun ini walaupun bacaan inflasi Januari dan Februari masih jauh daripada sasaran.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,177.65 iaitu turun sebanyak 0.06% sejak pembukaan dagangan awal pagi tadi.

Buat masa sekarang, para pelabur terus mencari petunjuk baharu tentang prospek inflasi untuk mengetahui jangkaan masa oleh Fed mula mengurangkan kadar faedahnya.

Peserta pasaran akan menumpukan perhatian mereka kepada data indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS untuk Februari yang akan diterbitkan pada Jumaat ini.

Beberapa data yang memberi tekanan kepada USD mampu mengukuhkan harga emas kerana ini akan mengurangkan harapan Fed untuk mengekalkan kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama.

Walau bagaimanapun, laporan inflasi yang ‘degil’ akan memberi kesan negatif kepada harga emas kerana ia akan meningkatkan kos untuk melabur ke atas aset itu.

Selain itu, pelabur boleh memilih aset berfaedah seperti bon di mana daya tarikannya akan meningkat disebabkan hasil yang lebih tinggi.

Dari sudut teknikal, harga emas dilihat memulih kepada $2,180 selepas ia menemui momentum melantun semula. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) 14 meningkat selepas jatuh kepada 64.00.

Minggu lepas, emas memperbetulkan harganya secara mendadak ke paras tertinggi sepanjang masa iaitu $2,223 kerana isyarat pasaran menunjukkan sentimen overbought.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat