Kekal Di Atas Zon $1.0800, EUR/USD Terumbang Ambing Nantikan Data GDP & PCE

187

Pasaran mata wang pada Selasa semalam bergerak hambar dengan arah yang tidak jelas untuk pergerakan US dolar pada sesi-sesi berbeza.

Di sesi Asia dan Eropah semalam, US dolar melemah menyambung corak dagangan di awal minggu sebelumnya itu, kemudiannya berjaya paparkan pemulihan semula di sesi New York.

Pelabur kekal mengintai petunjuk terbaru terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) dengan data yang menjadi tumpuan seterusnya adalah pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan indeks harga PCE.

Ketika ini, pelabur perlu berwaspada dan bersedia untuk sebarang kejutan yang boleh berlaku dalam pasaran.

Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan corak menaik dari zon 1.08000 di awal minggu dan kenaikan diteruskan semalam mencapai sekitar 1.08600.

Namun penurunan dipaparkan di sesi New York semalam untuk harga susut semula ke sekitar 1.08250.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Rabu) dan dilihat mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Sekiranya penurunan harga dilanjutkan, zon 1.08000 bakal diuji dan reaksi yang diperlihatkan akan menjadi petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju ke paras tumpuan berikutnya yang berada pada sekitar 1.07000.

Namun, jika harga kembali paparkan lonjakan semula, ketinggian yang dicapai semalam berkemungkinan mampu diatasi harga lagi.

Seterusnya harga dilihat bakal menguji rintangan pada zon 1.09000 yang turut menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat