Adakah AS Melarang Penggunaaan Matawang Kripto?

438

Matawang kripto telah diperkenalkan selama lebih dari 10 tahun, tetapi status undang-undang Bitcoin (BTC) dan kebanyakan matawang yang lain masih samar-samar dan mempunyai definisi yang berbeza menurut pelbagai bidang kuasa. Adakah mereka wang, aset, produk, harta benda atau sesuatu yang lain? Adakah ianya bebas untuk digunakan atau memerlukan pengawasan yang ketat? Oleh yang demikian, pemerintah di Amerika Syarikat telah pun mengeluarkan garis panduan berkenaan pasaran matawang kripto dan menentukan kegunaannya.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang dianggap sebagai pusat garis panduan matawang kripto serta menentukan undang-undang yang berkaitan dan mengenalpasti kegunaan matawang tersebut. Pada peringkat awal, undang-undang yang diperkenalkan adalah berbeza mengikut kawasan dan pihak berkuasa persekutuan juga menentukan dan menguatkuasakannya secara berbeza.

Sebagai contoh, Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan, yang menganalisis transaksi berkaitan jenayah kewangan, tidak menganggap matawang kripto sebagai aset yang saha. Namun, sejak 2013, pertukaran mata wang kripto telah dianggap sebagai pengendali perkhidmatan dan token sebagai “harta benda lain” yang menggantikan mata wang. Namun begitu, pertukaran tersebut mestilah mematuhi cadangan Financial Action Task Force dan tidak melanggar Bank Secrecy Act.

Seterusnya, Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri dan pihak berkuasa cukai negara mengklasifikasikan matawang kripto sebagai harta benda dan telah mengeluarkan panduan cukai.

Tambahan daripada itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa menganggap matawang kripto sebagai sekuriti manakala Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi menganggap Bitcoin sebagai komoditi dan mengawasi pasaran derivatif matawang tersebut.

Pada tahun ini, negara kuasa besar tersebut telah pun mengeluarkan beberapa garis panduan yang selaras serta diperketatkan bagi mengelakkan transaksi yang mencurigakan. Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam, yang memerangi jenayah rentas sempadan di Amerika Syarikat telah membangunkan kaedah baru untuk mengesan aktiviti kriptografi tanpa izin dan mencadangkan Program Perisikan Cryptocurrency untuk tahun 2021. Program perisik matawang kripto tersebut bakal memperkenalkan peraturan dan inisiatif cukai baru untuk meluaskan lagi penggunaan teknologi blockchain di negara ini.

Kesimpulannya,matawang kripto tidak dilarang di Amerika Syarikat tetapi mereka masih tidak disatukan ke dalam struktur kewangan negara. Bahkan SEC telah menghentikan percubaan untuk mendaftarkan produk yang dapat diakses oleh pelabur biasa seperti menyekat pelancaran Libra, matawang kripto milik Facebook, menolak banyak aplikasi Bitcoin-ETF serta menghentikan kerjasama antara SEC dan Telegram mengenai token Gram.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat