Adakah Kenyataan Angela Merkel Dalam Isu Brexit Disalahtafsirkan?

292

Pound Sterling pada sesi dagangan New York semalam menyambung lonjakan harga dari sesi sebelumnya sehingga mencatatkan paras tertinggi bulanan berbanding dolar Amerika Syarikat ekoran komen positif oleh Canselor Jerman, Angela Merkel.

Namun, matawang Britain itu kembali menyusut pada dagangan Jumaat menurun 70 pips dari paras ketinggian yang dicapai semalam berikutan pelabur mempersoalkan sama ada kenyataan Merkel disalah tafsirkan.

Beliau dalam pertemuan bersama Perdana Menteri UK Boris Johnson menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU) dan UK boleh mencari jalan penyelesaian Brexit dalam tempoh 30 hari sebelum 31 Oktober nanti.

Namun beliau menjelaskan bahawa ia bukanlah berkenaan 30 hari. Tetapi sebagai simbolik persetujuan mampu dicapai dalam waktu yang singkat, kerana UK mahu berundur dari EU pada 31 Oktober.

Beliau juga menyatakan penyelesaian bagi kawalan sempadan Ireland bakal diselesaikan. Namun, kenyataan tersebut dirujuk sebagai sifat berlembut dan hormat oleh Merkel, dan tidak mempamerkan keyakinan terhadap perjanjian Brexit.

Sama ada kenyataan oleh Angela Merker disalah ertikan atau pun tidak, pasaran telah memberi reaksi positif terhadap dagangan Pound Sterling semalam. Namun, risiko Brexit yang masih membimbangkan pelabur dilihat menjadi penghalang terhadap momentum pengukuhan harga.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat