Aduh! USD Tergelincir Pula

904

Dolar Amerika gagal mengekalkan pengukuhan selepas menyusut rendah sekali gus memberi peluang buat beberapa mata wang utama bangkit semula.

Terdahulu pada sesi Eropah (Selasa) mata wang gergasi itu mencapai paras ketinggian baharu dua bulan sebelum berundur lebih jauh menyusuli kemerosotan dalam hasil bon AS 10 tahun.

Namun, pergerakan harga kembali stabil pada sesi New York selepas disokong oleh data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan pada bulan Mei.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit berubah pada 104.07 berbanding sekumpulan mata wang utama ketika penulisan.

Berikutan kesepakatan yang dicapai dalam isu siling hutang, US dolar dijangka akan menyambung pengukuhan, tetapi, pelabur kini lebih berhati-hati memandangkan perjanjian tersebut masih perlu diluluskan oleh Dewan dan Senat AS.

Oleh itu, pelabur mengalihkan tumpuan kepada data-data utama yang akan diterbitkan pada minggu ini khususnya laporan pekerjaan NFP AS.

Melihat ke hadapan, pasaran akan diperlihatkan dengan beberapa penerbitan data hari ini seperti data inflasi Australia, inflasi Jerman, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kanada dan pembukaan pekerjaan (JOLTS) AS.

Beralih ke perkembangan mata wang utama, yen sedikit menguat susulan mesyuarat tergempar antara Kementerian Kewangan, Bank of Japan (BOJ) dan Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun.

Bertindak balas kepada kelemahan semasa yen, diplomat mata wang utama negara itu mengatakan Jepun akan memantau dengan teliti pergerakan pasaran dan bakal melakukan tindak balas sesuai seperti yang diperlukan.

Sementara itu, mata wang euro sedikit meningkat dan pound pula lebih kukuh berikutan penyusutan yang dicatatkan oleh dolar greenback.

Dolar Aussie dan New Zealand pula kekal terperangkap di sekitar paras terendah apabila pelabur mengambil sikap berwaspada dalam isu siling hutang.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat