Alamak! Kenapa Banyak Orang Penting Binance US Letak Jawatan?

641

“Hmm kalau semua berhenti, nanti siapa je yang tinggal?”

Selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance US Brian Shroder meletak jawatannya, bursa kripto itu mengalami satu lagi perubahan ketara dalam kepimpinannya apabila Krishna Juvvadi iaitu Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Risiko Sidney Majalya turut meninggalkan peranannya.

Keadaan yang berlaku di Binance US adalah sangat besar susulan pemberhentian menyeluruh tersebut telah menyaksikan satu pertiga daripada tenaga kerja syarikat dilepaskan.

Umum mengetahui bahawa beberapa eksekutifnya telah mengalami tempias susulan Binance US pada masa ini sedang bergelut dengan peningkatan pengawasan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Tuntutan mahkamah difailkan pada Jun 2023 oleh SEC telah mendakwa Binance dan CEO Changpeng Zhao (CZ) atas kesalahan beberapa pelanggaran, antaranya adalah berfungsi sebagai bursa kripto tidak berdaftar.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Binance US telah mendedahkan langkah agresif dilakukan SEC terhadap pekerjaan dan inovasi Amerika Syarikat (AS), tetapi Juvvadi mahupun Majalya nampaknya tidak memberi sebarang komen kepada pertanyaan daripada Wall Street Journal.

Perubahan tersebut juga datang sejurus selepas pemergian terdahulu eksekutif utama seperti Pemimpin Produk Global bernama Mayur Kamat dan Patrick Hillmann yang merupakan Ketua Pegawai Strategi.

Jadi di sini dapat dilihat pergolakan sekarang telah meletakkan Binance US berada dalam situasi kritikal, oleh itu pasaran kripto termasuk bursa kripto harus memerhati dengan teliti perkembangan itu untuk beberapa bulan lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat