Amaran Bearish! Bitcoin Bakal Geluncur Ke $19,000!

377

“Jangkaan anda sebagai pelabur pula macam mana? Harga BTC akan naik atau turun?”

Para pelabur meluahkan keterujaannya apabila raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya mencapai $25,000 pada 16 Februari lalu, namun sejak itu harganya melihat pergerakan tidak menentu dan kini tergelincir hingga ke sekitar $22,300.

Rentetan itu, beberapa penganalisis meramalkan BTC mungkin akan menjunam hingga bawah paras $19,500 akibat daripada kemerosotan pasaran kripto yang berterusan.

Pada 3 Mac, harga BTC menyaksikan penurunan drastik pada $22,000 sejurus selepas saham Silvergate Bank junam sebanyak 60% ekoran terdapat kebimbangan tentang potensi bank itu untuk bertahan dalam tempoh dua belas bulan akan datang.

Pasaran kripto dilaporkan semakin menghadapi tekanan jualan apabila kebanyakan syarikat kripto mula memutuskan hubungan dengan Silvergate Bank.

Menurut Michael van de Poppe, penganalisis kripto popular berpendapat BTC mampu menurun hingga ke paras $19,500 atau lebih rendah sekiranya aset digital tersebut gagal mengekalkan harganya di sekitar $22,300.

Tambahnya lagi, pasaran kripto bakal mengalami pendarahan lebih ketara, di mana altcoin berkemungkinan susut sebanyak 15% hingga 25% apabila harga BTC mencapai paras yang diramalkan beliau.

Malah, harga aset digital tersebut boleh mengalami tekanan jualan secara berterusan jika terdapat sebarang berita kurang baik yang terkait dengan pasaran kripto.

Setakat penulisan ini, harga BTC menyusut sebanyak 0.72% pada paras $22,400 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran bernilai $433 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat