Amaran Inflasi Makanan! Rusia Serang Pelabuhan Bijirin Ukraine

547

Ketika inflasi global mula menurun, ketegangan politik yang semakin hangat di Ukraine kembali mengancamnya untuk meningkat semula.

Ini susulan tindakan Rusia yang dilihat giat mensasarkan pelabuhan Ukraine dengan meningkatkan aktiviti ketenteraannya.

Kesannya, harga gandum meningkat mendadak di pasaran global, di samping turut mengheret harga bijirin yang lain disebabkan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan makanan ruji.

Pada hari Isnin, Moscow telah menarik diri daripada perjanjian bijirin Black Sea dengan Ukraine atas sebab sekatan yang dikenakan Barat ke atas logistik telah menjejaskan eksportnya.

Ia kemudiannya disusuli dengan serangan peluru berpandu Rusia di pantai Laut Hitam Ukraine yang memusnahkan 60,000 tan bijirin dan merosakkan infrastruktur penyimpanan.

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata bahawa beliau akan kembali kepada perjanjian tersebut jika tuntutannya dipenuhi.

Berikutan daripada serangan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menuduh Moscow sengaja menyasarkan infrastruktur eksport bijirin dan meletakkan negara yang terdedah kepada risiko.

Selain itu, beliau juga menggesa negara lain di Laut Hitam untuk campur tangan bagi memastikan laluan selamat kapal kargo.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat