Amerika Syarikat Tarik Semula Gelaran ‘Pemanipulasi Matawang’ Dari China!

411

Dagangan US dolar mengukuh ke paras tertinggi lapan bulan berbanding yen, selepas Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat hari ini mengumumkan untuk mengeluarkan China daripada senarai pemanipulasi matawang.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika delegasi daripada China tiba di Washington untuk menandatangani perjanjian perdagangan fasa 1 pada hari esok.

Matawang yuan China juga didagangkan menguat menghampiri paras ketinggian sejak Julai sebaik sahaja perkara tersebut diumumkan.

Setiausaha Perbendaharaan A.S Steven Mnuchin dalam satu kenyataanya berkata China telah membuat perjanjian yang boleh dikuatkuasakan untuk mengelakkan daripada penurunan nilai kompetitif, di samping turut mempromosikan ketelusan dan akauntabiliti.

Bagaimanapun, China masih perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan matawang yang lemah dan membolehkan pasaran lebih terbuka untuk mengukuhkan prospek pertumbuhan jangka panjangnya, menurut laporan tersebut.

Terdahulu, Perbendaharaan A.S telah melabel China sebagai pemanipulasi matawang selepas yuan China melemah melebihi 7 yuan berbanding dolar buat kali pertama sejak 2008, sekali gus meningkatkan ketegangan antara dua negara itu.

Wakil perdagangan A.S Robert Lighthizer pula memberitahu bahawa terjemahan perjanjian perdagangan fasa 1 hampir selesai dan teks perjanjian itu akan diumumkan pada hari Rabu sebelum upacara menandatangani dimulakan.

Di sisi lain, matawang pound sterling menerima tekanan baru daripada data pertumbuhan ekonomi Britain yang berkembang pada kadar tahunan paling lemah dalam tempoh lebih tujuh tahun pada bulan November, seterusnya meningkatkan kemungkinan untuk pengurangan kadar faedah oleh Bank of England (BoE).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat