Analisis GOLD – Apa Jadi Lepas Emas Jatuh Bawah Paras $1,700?

2,997

Menepati kebimbangan yang dirunsingkan oleh para pelabur emas apabila nilai logam kuning berharga tersebut jatuh ke paras lebih rendah lagi semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga susut melepasi paras 1720.00 sehingga hampir mencecah paras 1700.00 pada Rabu lalu.

Pada dagangan Khamis semalam pula, pergerakan harga dilihat mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menunjukkan isyarat trend bearish.

Harga menguji rintangan 1720.00 beberapa kali pada sesi Eropah dan sesi New York tetapi tetap gagal untuk melepasinya.

Kemudian, penurunan lebih jelas harga berlaku pada sesi New York susulan pengukuhan US dolar selepas ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell sehingga harga melepasi paras sokongan 1700.00.

Penganalisis sebelum ini telah menjangkakan untuk harga emas jatuh sehingga ke zon RBS (resistance become support) tersebut dan berkemungkinan akan menjadi zon sokongan bagi harga melonjak semula.

Pada dagangan Jumaat, harga berlegar perlahan dengan paras 1700.00 menjadi rintangan harga sementara pasaran akan memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York sebentar lagi.

Penurunan harga akan disokong pada paras 1680.00 dan jika harga terus susut lebih rendah, pelabur bakal melihat harga emas mencatatkan paras terendah terbaru 11 bulan.

Sekiranya harga kembali membuat kenaikan semula di atas paras 1700.00, paras rintangan 1720.00 pula akan diuji sebelum harag meningkat lebih tinggi menuju zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat