Analisis GOLD – Emas Boleh Jatuh Hingga $1,900 Menjelang NFP?

1,384

Tak sempat nak pulih lebih jauh, dagangan emas terus tersungkur lagi pada dagangan Rabu semalam apabila harganya susut ke paras terendah 3 minggu.

Situasi tersebut telah didorong oleh faktor pengukuhan US dolar yang disokong oleh laporan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Julai yang diterbitkan di sesi New York semalam.

Angka pertambahan pekerjaan sektor swasta meningkat 324,000 berbanding ramalan yang hanya pada 191,000 untuk Julai dan ini memberi jangkaan positif bagi laporan NFP pada Jumaat.

Data-data yang diterbitkan positif semakin menyokong dasar monetari Federal Reserve (Fed) ke arah pengetatan, membuatkan US dolar kekal kukuh dan menekan emas.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat gagal untuk bertahan di atas paras 1950.00 dan kejatuhan ke paras lebih rendah telah berlaku semalam.

Kenaikan perlahan pada sesi Eropah semalam gagal untuk melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu menjadi indikasi kepada pelabur untuk emas mengekalkan corak penurunan buat ketika ini.

Penurunan terbaru di sesi New York semalam mencecah 1933.00 dan pergerakan harga dilihat mendatar di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia dan Eropah hari ini.

Dengan corak yang dipaparkan, penurunan harga dijangka akan masih diteruskan lagi untuk menuju pula paras tumpuan berikutnya pada 1920.00.

Jika paras tersebut juga berjaya ditembusi, harga boleh mencecah hingga sekitar 1900.00 yang merupakan zon kritikal buat emas.

Sebaliknya, jika harga emas berjaya pulih semula menuju penghujung minggu ini, kenaikan akan menguji kembali paras 1950.00 yang akan menjadi rintangan terhampir harga.

Kenaikan lebih tinggi yang turut melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat awal perubahan kepada trend bullish.

Harga boleh menuju semula ke paras ketinggian dicapai awal minggu sekitar 1972.00 jika kenaikan harga diteruskan lebih tinggi.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat