Analisis GOLD – Emas Dah Meningkat Separuh Daripada Kejatuhan 1,000 Pips Terbaru

1,604

Walaupun kebanyakan menjangkakan harga emas akan menyambung kejatuhan semula, sebaliknya yang berlaku pada sesi New York semalam apabila harga emas paparkan kenaikan.

Ini adalah didorong oleh terbitkan data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) semalam yang menepati ramalan dengan bacaan angka yang menurun menunjukkan kadar inflasi yang lemah.

Memberi petunjuk bahawa langkah untuk pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed) masih jauh, membuatkan US dolar kembali bergerak susut semula.

Penyusutan US dolar juga mempengaruhi perubahan nilai emas yang memberi ruang untuk komoditi utama dunia itu meningkat semula pada dagangan menuju ke penghujung minggu.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya melonjak melepasi paras 1745.00 untuk menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 1765.00 pada dagangan bersambung pada hari ini (Khamis).

Kenaikan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD turut memberi isyarat awal pergerakan trend bullish harga semula.

Zon harga 1765.00 akan kembali diuji selepas pembukaan pasaran di awal minggu ini menyaksikan harga membuat terjunan dari zon tersebut.

Sekiranya kenaikan harga melepasi zon 1765.00, sasaran kenaikan lebih tinggi harga emas dilihat akan menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1800.00 semula.

Sebaliknya jika harga gagal meneruskan kenaikan, penurunan harga mungkin akan disambung semula menuju ke zon support 1700.00 seperti situasi di awal minggu.

Zon 1700.00-1680.00 akan menjadi zon penting yang menentukan arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat