Analisis GOLD – Emas Mendatar, FOMC Menjadi Tumpuan Utama

1,377

Pergerakan harga pada carta XAU/USD telah menampilkan pengekalan rentak perlahan setelah harga membuat lonjakan agresif pada minggu lalu sehingga merekod paras tertinggi 2 bulan sekitar 1850.00.

Akan tetapi secara keseluruhan, harga diperhatikan sedang membawa isyarat mendatar setelah harga melonjak semula di sesi New York (Isnin) sebelum bergerak perlahan pada sesi Eropah hari ini (Selasa).

Bertitik tolak bahawa pergerakan harga emas dilihat seakan mampu untuk sekali lagi mencapai ke zon 1850.00 dan berkemungkinan akan terus dinilai oleh pelabur untuk menjangkakan sasaran berikutnya.

Emas terus mendapat manfaat untuk bergerak di paras tertinggi 2 bulan memandangkan ketegangan yang tercetus di antara Rusia-Ukraine telah pun mengakibatkan permintaan terhadap aset safe-haven.

Kemelut tersebut makin tegang setelah khabarnya turut menerima campur tangan daripada Amerika Syarikat yang barangkali akan lebih banyak pengaruhi pergerakan dagangan emas kelak.

Walaupun demikian, keputusan menjelang mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung pada awal pagi Khamis mungkin akan menjadi acara terpenting yang dinantikan oleh kebanyakan para pelabur.

Intihanya, pelabur berkemungkinan akan menjangkakan bahawa pergerakan harga akan kembali uji paras tertinggi 2 bulan sekitar 1850.00 bagi melihat isyarat yang lebih jelas untuk harga kekal bullish.

Trend bullish akan kelihatan dengan ketara sekiranya harga emas berupaya untuk menembusi zon itu dengan jangkaan harga mungkin bakal terus terbang ke paras tertinggi 7 bulan pada 1880.00 semula.

Penganalisis turut menjangkakan bahawa zon RBS (resistance become support) 1830.00 kemungkinan akan dicecah sekali lagi sekiranya pergerakan harga tidak berdaya untuk menampilkan aksi lonjakan.

Lantaran itu, impak penurunan yang lebih parah dijangka akan menekan harga jatuh ke paras 1800.00 dan sekali gus bakal memberikan isyarat awal kepada perubahan trend bearish mungkin akan tercetus.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat