Analisis GOLD – Harga Emas Jatuh Ke $1,950 Tapi Lantun Naik Semula

711

Dagangan emas masih menunjukkan pergerakan yang bercampur pada pembukaan awal minggu semalam.

Harga emas yang menunjukkan peningkatan di sesi Eropah kembali kecundang semula di sesi New York hingga harga mencecah ke paras $1,950.

Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar yang pada mulanya mencapai dahulu kenaikan ke paras 1967.00 sebelum turun ke 1950.00.

Pergerakan bercampur ini didorong oleh turun naik nilai US dolar yang tak menentu sejak dari minggu lalu lagi ketika keputusan mesyuarat FOMC dinantikan minggu ini.

Federal Reserve (Fed) dijangka untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25%, namun masih ada kemungkinan untuk bank pusat itu menaikkan kadar faedah.

Justeru, penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) akan diberi perhatian dahulu pada sesi New York malam nanti.

Harga emas yang jatuh ke paras tumpuan 1950.00 semalam telah menunjukkan lantunan semula dan kini berlegar di sekitar paras 1963.00 setakat sesi Eropah.

Harga cuba untuk melepaskan diri dari berlegar berhampiran paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD untuk memberi petunjuk arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Untuk jangkaan bagi kenaikan jika berlaku, mengatasi ketinggian dicapai semalam akan mendorong harga meneruskan pendakian menuju zon 1980.00.

Berjaya menembusi zon rintangan tersebut seterusnya akan mensasarkan harga untuk menyentuh kembali paras tumpuan pada 2000.00.

Namun jika harga kembali berpatah arah membuat penurunan semula hari ini, paras 1950.00 sebagai support semasa buat harga akan diuji sekali lagi.

Jika tembus lebih rendah, harga akan menuju ke zon support sekitar 1935.00 yang sebelum ini masih menghalang kejatuhan lebih rendah harga sejak penghujung Mei.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat