Data Inflasi Belum Keluar, USD Sudah Menyembah Bumi!

904

Raja mata wang US dolar hilang taringnya pada sesi Eropah ketika pasaran bersiap sedia untuk penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Pasaran kini menjangkakan inflasi AS akan meningkat 4.1% tahun ke tahun pada bulan Mei, satu penurunan ketara daripada bacaan yang dicatatkan 4.9% pada April.

Angka yang dicatatkan bakal menentukan jangkaan seterusnya untuk keputusan dasar monetari Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis minggu ini.

Sementara menantikan data inflasi, pelabur terus melepaskan pegangan terhadap mata wang gergasi US dolar untuk terus didagangkan lebih rendah pada awal sesi Eropah.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang didagangkan lemah pada 103.26.

Selain tu, mata wang pound melantun semula selepas mendapat dorongan daripada data pekerjaan UK yang memberangsangkan pada bulan April.

Ia secara tidak langsung menyokong jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh bank pusat England BOE).

Di samping itu, euro meraih kekuatan untuk melonjak ke paras ketinggian baharu tiga minggu susulan penyusutan US dolar, ditambah pula dengan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang lebih baik daripada jangkaan.

Melihat perkembangan mata wang komoditi, dolar Aussie terus mempertahankan pengukuhan di paras tertinggi lima minggu, manakala dolar New Zealand paling kuat tiga minggu berbanding greenback.

Dolar Kanada pula sedikit meningkat, seiring dengan pemulihan yang dipaparkan dalam dagangan minyak mentah setelah merosot ke paras terendah 3 bulan pada hari Isnin.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat